Astaghfirullahal'azhim..subhanallah..
diriku perlu memperbanyak istighfar..
astaghfirullahal'azhim..

Mungkin warkah kali ini dapat mengubati hati2 yang sedang gelisah ditimpa masalah,
mungkin juga warkah kali ini akan mengalirkan air mata sahabat yang membaca,
mungkin sekali rasa itulah yang akan dirasakan oleh sesiapapun..
moga kita redha menerima ujian yang melanda dalam kehidupan kita..

Seorang sahabat ini baik tutur bahasanya, baik tingkah lakunya. Solat, puasa dilaksanakan seperti yang dipertanggungjawabkan. Kata-katanya lunak, lembut bahasanya. Auratnya dipelihara seperti yang telah disyari'atkan. Warga tua dihormati. Al-Quran selalu dibaca. Namun ada sahaja masalah yang menimpa dirinya. Kadangkala, perkara yang mudah diselesaikan oleh orang lain sukar baginya. Kadangkala ujian yang datang memerlukan banyak wang ringgit digunakan.

Kepada sahabat karibnya dikhabarkan masalahnya.

Lalu, dinasihati sahabatnya,
"Bersabarlah sahabatku, sabar itu banyak hikmahnya. Jangan jemu untuk terus bersabar. Sematkan kesabaran itu dengan keredhaanmu dalam nasib yang menimpa dirimu. Redha dengan kehendakNya. Ujian itu moga menambah kasih sayangmu padaNya. Itu hadiah dariNya. Hanya yang terpilih menerimanya.
 
Walaupun begitu, mungkin ujian itu untuk menyedarkan dirimu atas sesuatu yang dirimu terlepas pandang. Dalam usaha dirimu untuk menambaha pahala, mungkin terselit setitis kesilapan. Bukan maksudku diriku lebih baik atau lebih tahu daripadamu. Tidak. Nasihatku padamu ini adalah untukku juga.

Kini, dirimu perlu melakukan satu tugas. Penting, dan mungkin sangat penting untukmu. Dirimu perlu muhasabah. Muhasabah dirimu, ingat kembali apa yang telah kau lakukan sebelum ini.

Adakah dirimu ikhlas saat membantu kawan-kawanmu yang memerlukan wang? Atau adakah kau membantu mereka dengan niat supaya dirimu dipuji? Atau mungkin dengan niat supaya mudah untukmu meminta bantuannya saat kau pula dalam kesempitan?

Adakah dirimu ada menyakitkan hati mana-mana kawanmu tanpa kau sedari? Boleh jadi kau melemparkan kata sinis yang kau anggap kata nasihat kepadanya. Adakah kau memalukan kawanmu di khalayak ramai?

Adakah kau menutup aurat dengan ikhlas? Atau dirimu melakukannya hanya untuk mendapat pujian manusia?
Atau untukmu membandingkan dengan orang lain bahawa dirimu lebih baik dari mereka?

Apapun yang dilakukan, ingatlah, niat hanya kerana Dia. Dia yang lebih utama dari segala-galanya. Dia  yang Maha Besar. Ingatlah, Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati para hambaNya."

Ikhlaskan senyuman, hiasi hati dengan kesabaran.
Moga kita bersama dalam redha Ilahi.
Amiin ya Allah..
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." [al-Hadid : 20]

Dunia yang tampak indah
Harta yang mengaburi mata
Hiburan yang makin melekakan
Manusia terus semakin lupa
Aku juga sama-sama alpa


Lidah diucap rindu padamu, 
Hati ku akui sangat ingin bertemu denganmu,
namun aku tidak mampu..
aku tidak berani berhadapan denganmu..
aku sangat malu padamu..

Sungguh aku mahu,
aku ingin melihat wajahmu,
aku ingin menatap wajahmu,
mengucup tanganmu,
mengadu padamu..

Ingin sekali aku mendengar suaramu,
Ingin juga aku berjalan di sampingmu
tiada siapa yang lebih ingin ku temu
hanya dirimu, tetap dirimu,
hanya dirimu yang ku rindu..

Namun diriku hanya aku,
nafsuku sering menggoda aku,
dunia sering mengajak aku,
lalu aku melupakanmu,
terus aku abaikan pesanmu..

Aku sangat malu padamu,
Bukan kerana aku wanita, dirimu lelaki,
Bukan kerana aku tidak pernah bertemu denganmu,
Tetapi kerana betapa banyak khilafku,
Menggunung dosaku leka mengurungku...


Ampuni kami wahai kekasih Allah..
Ampuni kami ya rasulullah..
Ampuni aku ya rasulullah..
Ampunkan aku..
Ampunkan aku..


Walau dirimu telah pergi, aku sentiasa rindu padamu.. 
Aku rindukanmu ya rasulullah..

Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad

Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat

Ummati ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah

Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


Senilagu : Frizdan
Senikata : Frizdan
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com


Alangkah indahnya
Jika dapat bersua
Walaupun seketika
Bersamamu wahai kekasih Allah

Telah lama kau pergi
Meninggalkan kami
Walau sedih di hati
Menyahut panggilan dari Ilahi

Kekasih
Dah lama kau pergi
Meninggalkan amanah yg suci
Malam kan kelam tiada berbintang
Bulan suram tiada cahaya

Tanpamu kekasih kekasih Allah
Hancur musnah segala-galanya

Hadirmu membawa cahaya
Menerangi hidup kami

Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab & Jeff Hazimin Jaafar
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta. 


Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa

Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya

Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona

Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman

Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment 
Lafaz pemula hari..
Melahirkan ketenangan dalam hati..


Pernah dahulu kita mendengar kisah seorang wanita yang memulakan setiap kerja hariannya dengan kalimah basmalah. Melalui kisah itu, terdapat iktibar yang bermanfaat untuk kita amalkan dalam hidup ini.

Walau dengan satu kalimah, kita akan merasa tenangnya hari yang bermula dengannya. Biarpun bukan doa yang panjang, biarpun ia hanya satu kalimah. Satu kalimah yang maksudnya,"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Arus kemodenan kadangkala membuat manusia sering terlupa. Jangan biarkan arus itu menghilangkan agama dari dalam diri kita. Ingati kalimah syahadah. Lafaz janji kita pada Allah yang menciptakan setiap sesuatu di dunia.

Mulakan hari dengan bismillah. Ikhlaskan hati hanya kerana Allah.
Sudahi dengan alhamdulillah. Syukuri nikmat pemberianNya.
Susuli janji dengan Insya'Allah, "dengan izin Allah".

Ingatan untuk diriku dan dirimu. Moga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah.