Astaghfirullahal'azhim..subhanallah..
diriku perlu memperbanyak istighfar..
astaghfirullahal'azhim..

Mungkin warkah kali ini dapat mengubati hati2 yang sedang gelisah ditimpa masalah,
mungkin juga warkah kali ini akan mengalirkan air mata sahabat yang membaca,
mungkin sekali rasa itulah yang akan dirasakan oleh sesiapapun..
moga kita redha menerima ujian yang melanda dalam kehidupan kita..

Seorang sahabat ini baik tutur bahasanya, baik tingkah lakunya. Solat, puasa dilaksanakan seperti yang dipertanggungjawabkan. Kata-katanya lunak, lembut bahasanya. Auratnya dipelihara seperti yang telah disyari'atkan. Warga tua dihormati. Al-Quran selalu dibaca. Namun ada sahaja masalah yang menimpa dirinya. Kadangkala, perkara yang mudah diselesaikan oleh orang lain sukar baginya. Kadangkala ujian yang datang memerlukan banyak wang ringgit digunakan.

Kepada sahabat karibnya dikhabarkan masalahnya.

Lalu, dinasihati sahabatnya,
"Bersabarlah sahabatku, sabar itu banyak hikmahnya. Jangan jemu untuk terus bersabar. Sematkan kesabaran itu dengan keredhaanmu dalam nasib yang menimpa dirimu. Redha dengan kehendakNya. Ujian itu moga menambah kasih sayangmu padaNya. Itu hadiah dariNya. Hanya yang terpilih menerimanya.
 
Walaupun begitu, mungkin ujian itu untuk menyedarkan dirimu atas sesuatu yang dirimu terlepas pandang. Dalam usaha dirimu untuk menambaha pahala, mungkin terselit setitis kesilapan. Bukan maksudku diriku lebih baik atau lebih tahu daripadamu. Tidak. Nasihatku padamu ini adalah untukku juga.

Kini, dirimu perlu melakukan satu tugas. Penting, dan mungkin sangat penting untukmu. Dirimu perlu muhasabah. Muhasabah dirimu, ingat kembali apa yang telah kau lakukan sebelum ini.

Adakah dirimu ikhlas saat membantu kawan-kawanmu yang memerlukan wang? Atau adakah kau membantu mereka dengan niat supaya dirimu dipuji? Atau mungkin dengan niat supaya mudah untukmu meminta bantuannya saat kau pula dalam kesempitan?

Adakah dirimu ada menyakitkan hati mana-mana kawanmu tanpa kau sedari? Boleh jadi kau melemparkan kata sinis yang kau anggap kata nasihat kepadanya. Adakah kau memalukan kawanmu di khalayak ramai?

Adakah kau menutup aurat dengan ikhlas? Atau dirimu melakukannya hanya untuk mendapat pujian manusia?
Atau untukmu membandingkan dengan orang lain bahawa dirimu lebih baik dari mereka?

Apapun yang dilakukan, ingatlah, niat hanya kerana Dia. Dia yang lebih utama dari segala-galanya. Dia  yang Maha Besar. Ingatlah, Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati para hambaNya."

Ikhlaskan senyuman, hiasi hati dengan kesabaran.
Moga kita bersama dalam redha Ilahi.
Amiin ya Allah..